imtihan…macam-macam boleh berlaku

June 20, 2008 at 4:33 pm (B e r i n g a t, s e m a s a) (, , )

“Aduh, yang aku tak bace tulah yang masuk.”

“Orang lain study ala kadar je, tapi yang diorang bace masuk.”

..kecewa~

Cuba bayangkan, setelah banyak mengulangkaji pelajaran, akhirnya bahagian yang kita tak baca itulah yang keluar dalam peperiksaan.

Yang menambahkan lagi sedihnya, orang lain study ala kadar je, tapi yang diorang bace masuk.

Penyelesaian disini mudah sahaja, ULANGKAJI SEMUA yang ada dalam silibus. Kalau dah baca semua, bagi je ape2 soalan, confirm boleh jawab.

Read the rest of this entry »

Permalink 8 Comments

Layakkah aku??

May 8, 2008 at 8:42 pm (B e r i n g a t, s e m a s a) (, , , )

Tarikh 14 mei tahun ini ..genap 60 tahun nagara haram Israel terbentuk. Israel, sebuah nagara yang cukup kecil dengan penduduk yang beberapa kerat, namun memberi pengaruh yang cukup besar kepada dunia. Dari kemajuan sains, teknologi hinggalah pengaruh politik dan penguasaan kerajaan. Segala tindakannya tidak mampu dibantah oleh sesiapa, hanya kutukan-kutukan dari negara-negara lain. PBB hanya mampu membuat kenyataan membidas tidakan musuh Allah ini.

Itu lah Israel..buat masa ini merekalah raja..

Mereka yang menentukan percaturan di dunia ini

Dimana pula umat Islam??

Read the rest of this entry »

Permalink 3 Comments

Apa yang telah aku lakukan???

February 29, 2008 at 8:49 pm (s e m a s a) (, )

Hadith nabi :

“Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah aku lebih dia cintai dari dirinya dan ibu bapanya”

Dalam kesibukan kita mengambil tahu mengenai perkembangan pilihan raya di Malaysia, satu peristiwa besar berulang kembali di utara Eropah, peristiwa yang hanya diketahui oleh mereka yang tinggi iman dan cintanya kepada pembawa dakwah islam, peristiwa yang hanya diambil berat oleh mereka yang sentiasa sensitif terhadap penghinaan ke atas islam, hanya akan ada tindak balasnya dari mereka yang sentiasa mengharapkan syafaat dari nabi di akhirat kelak.

Sekali lagi nabi Muhammad yang kita imani dengan asbab dialah kita dapat menikmati Islam yang kita anuti hari ini, telah dihina oleh pihak media Denmark. Untuk kali keduanya mereka menghina nabi, ini memberi gambaran jelas Islam ketika ini sudah hilang taringnya dan rendahnya maruah Islam..

Read the rest of this entry »

Permalink 1 Comment