Lessons From The Exam

July 3, 2008 at 10:26 pm (B e r i n g a t) ()

Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak peperiksaan. Lega? Siapa tidak, terutama bgi mereka yang merasai peritnya study last minute seperti saya.

Sekarang masing-masing sibuk merancang untuk cuti. Andai tiada perancangan, sudah tentu cuti kali ini diisi dengan perkara-perkara yang lagho (sia-sia).

Namun dalam kita sibuk melihat kehadapan, merancang masa depan, tidak mahukah kita melihat kebelakang?

Satu persoalan: sepanjang musim peperiksaan ini, apa yang telah saya pelajari?

Mestilah ilmu perubatan!

Ya lah, selain itu?

1. Kerdilnya diri ini.

Setiap kali melangkah masuk dewan peperiksaan, hati akan berdebar. Bila membayangkan macam-macam perkara yang boleh berlaku, terasa betapa kerdilnya diri ini.

Oral exam? Lagilah. Memang waktu itu we are 100% under the mercy of the doctors.

Doktor baik? Soalan mudah?

Allah penentu segalanya.

Dunia ini adalah ciptaan Ilahi. Dialah yang mengatur segala kejadian dan peristiwa. Dan kita, manusia yang lemah, hanyalah sebahagian daripada bidak-bidak dalam papan catur dunia ini.

Tetapi yakinlah bahawa segala gerakan yang Allah ambil, pasti ada hikmah dan kebaikannya.

2. Suasana yang membentuk.

Kita semua pernah mendengar kisah seorang yang telah membunuh seratus orang. Apabila ingin bertaubat, beliau disuruh untuk pergi ke sebuah tempat yang jauh, yang mempunyai bi’ah solehah, (suasana yang elok) kerana suasana yang elok itu, mampu mempengaruhi dan membantu dia untuk bertaubat.

Betapa benarnya teori ini.

Dulu semasa di sekolah, saya ada seorang kawan yang sangat rajin belajar. Hampir keseluruhan waktunya diisi dengan menelaah pelajaran. Memandangkan saya tidak pernah bersekolah di MRSM, MCKK, KISAS dan sekolah-sekoalah hebat yang lain, bagi saya, beliau adalah seorang yang sangat hebat dan luar biasa.

Betapa terkejutnya saya apabila melihat bukan seorang dua, malah berpuluh manusia seperti beliau di sini. Sepanjang hidup saya, tidak pernah saya melihat sekumpulan manusia yang lebih rajin belajar daripada pelajar-pelajar perubatan di Universiti Kaherah ini. Dan Alhamdulillah, kerajinan mereka ini telah sedikit sebanyak meresap kedalam jiwa saya, dan membantu saya dalam mengharungi peperiksaan.

3. Banyaknya masa.

“Dua nikmat yang sering manusia lupa: nikmat kesihatan dan waktu lapang.”

Sekiranya diukur, mungkin jumlah waktu study kita dalam dua bulan ini melebihi jumlah waktu study kita pada bulan-bulan yang lain. Barulah kita sedar betapa banyaknya waktu yang kita ada

Membuatkan kita terfikir: “Apa yang aku buat sebelum ini?”

Seterusnya: “Kan bagus kalau dari awal lagi aku dah study. Tak de lah tension macam sekarang.”

Akhirnya: “Tahun depan aku akan study dari awal, buat perancangan elok-elok.”

Hakikatnya, kata-kata ini telah dilafazkan pada penghujung sesi pembelajaran yang lepas.

bersambung…

Advertisements

7 Comments

  1. sinar said,

    yeap..renungan yg bagus..terpikir jugak kenapa la tak study awal2..

  2. abdul said,

    macam mane pulak, setiap tahun or setiap sem berazam xnak blaja last minit….tapi last2, mesti stadi last minit gak…

    kekuatan untuk laksanakan azam tu xder…

  3. Yusri Arif said,

    Amin, sila update..

    Salam Ramadhan 1429

  4. Azhari Zhahir HUKM said,

    assalamualaikum..

    Hmmm..
    bestla blog nie..

    mohon kebenaran untuk ambil isinya untuk penerbitan surau ye..

    ( Surau Al-Razi )

    to Irfan Salmi ( kalo ade) :
    tak balik raye ke?

  5. cendawankulat said,

    Satu Perkongsian yang amat menarik dan membina. Terima kasih akhi..

    Semoga artikel ini akan membantu saya dalam menguatkan usaha dan mengembeleng tenaga untuk menuntut ilmu.

    Sila lah menziarahi blog saya : http://www.cendawankulat.wordpress.com

    Dari Akh Fauzee Tanta

  6. pemudaberani said,

    semoga najah dalam imtihan. jemput ziarah blog :P

  7. thaaqhib said,

    menipu diri dalam exam~

    buktinya..di luar exam..~

    adoi. x best betul

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: