Nasi jadi bubur…

June 28, 2008 at 5:42 am (B e r i n g a t, Cerpen) (, , )

“Maaaaddd…banguuunnn,” Kumim menjerit mengejutku dari muka pintu bilikku. Aku menggosok-gosok mataku yang tidak gatal itu sambil mengerling ke arah jam dinding yang terletak setentang dengan katilku. Pukul 7.30 pagi. “Aduss…buang tebiat ape si Kumim nih. Tak ada kerja lain ke nak kejut aku pagi-pagi buta ni…pak arab pon belom bangun lagi tau tak…,” aku bermonolog sendirian.

Memang menjadi rutin harianku selama cuti final sem ini untuk bangun pada pukul 10.00 pagi. ” Anta nak pegi kelas tak?…pukul 7.30 dah nih…kelas mule kol 8..” Kumim yang masih tercegat di muka pintu menyambung sisa-sisa katanya. ” Aik..dah start kelas ke..rasenye baru berape hari je aku cuti..ke Kumim yang silap kalendar kot. Entah kalendar cina mane tah die tengok..,” aku cuba membuat kesimpulan. Aku bergegas melihat aplikasi Rainlander yang tertera di bucu kanan skrin laptopku. 10 November-kelas mula.

” Betol ke kelas mule hari ni,” aku melontarkan pertanyaan kepada Kumim yang baru hendak berganjak. ” Abes tu bile?..tahun depan?..” Kumim memerliku. ” Tu laaa…orang suruh rancang awal-awal cuti, tak naak. Dok pegi layan PEStol laa…Wan litre Tears laa…Snow white prince laa…tengok..sekarang dah jadi ape…sampai kelas mula bila pon dah lupa. Seronok sangat la tu cuti wat keje-keje tuh..” Kumim sempat berleter sebelum bergegas memakai stokin dan menyarung kasut Lee yang tersusun di atas rak kasut. Bunyi pintu ditutup menandakan Kumim sudah keluar menapak ke kuliah. Ahli Beit yang lain semuanya sudah keluar lebih awal. Aku terpinga-pinga keseorangan. Kepalaku ligat berputar memikirkan kembali aktiviti-aktiviti yang telah aku buat sepanjang cuti dua minggu yang lepas. Makan..tido…movie…game..makan..movie..game..tido. Perasaan menyesal menyerbu benak pemikiranku. Cuti dua bulan dibazirkan begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Nasi sudah menjadi bubur.

Aku mencapai tuala dan berus gigi untuk bersiap-siap sebelum memulakan sesi pembelajaran yang baru. Kata-kata Kumim aku ambil sebagai satu nasihat. Moga ianya tidak berulang lagi….

*Artikel ini diterbitkan semula ditambah beberapa pengubahsuaian dari gen6_mdcairo@yahoogroups.com dengan izin penulis.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: