imtihan…macam-macam boleh berlaku

June 20, 2008 at 4:33 pm (B e r i n g a t, s e m a s a) (, , )

“Aduh, yang aku tak bace tulah yang masuk.”

“Orang lain study ala kadar je, tapi yang diorang bace masuk.”

..kecewa~

Cuba bayangkan, setelah banyak mengulangkaji pelajaran, akhirnya bahagian yang kita tak baca itulah yang keluar dalam peperiksaan.

Yang menambahkan lagi sedihnya, orang lain study ala kadar je, tapi yang diorang bace masuk.

Penyelesaian disini mudah sahaja, ULANGKAJI SEMUA yang ada dalam silibus. Kalau dah baca semua, bagi je ape2 soalan, confirm boleh jawab.

Mungkin, tapi sebenarnya tak semudah itu.

Selain cabaran mengulangkaji, terdapat banyak lagi faktor penentu dalam berjayanya kita dalam peperiksaan.

Cuba bayangkan:

Anda telah habis study, semua dah lumat dalam kepala, tinggal nak muntahkan atas kertas jawapan sahaja. Tiba-tiba pada hari peperiksaan anda jatuh sakit dan tak dapat ambik periksa.

Kalau tak sakit pun, dalam perjalanan ke kuliah, kenderaan yang anda naiki rosak, jalan sesak, atau berlaku kemalangan. Akhirnya anda lewat, dan tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan.

Sekalipun telah berjaya memasuki dewan peperiksaan, anda belum lagi terselamat. Masih ada kemungkinan kertas soalan tidak mencukupi, meja dan kerusi anda menghilang, orang arab sebelah buat bising, menyebabkan anda tertanggu dan  tak cukup masa untuk menjawab soalan.

Okaylah, cuba kalau semua benda diatas tak berlaku, tapi ketika sedang menjawab, tiba-tiba orang didepan anda menolah kebelakang, menanyakan jawapan soalan (kira nak menirulah ni), akhirnya terkantoi dan kedua-duanya dihalau dari dewan peperiksaan.

(dua contoh yang terakhir adalah kisah benar)

Macam-macam boleh berlaku, ketika anda berada tinggi di awanan, penuh keyakinan untuk berjaya dalam peperiksaan, dalam sekelip mata sahaja anda boleh jatuh menjunam ke Bumi.

Inilah realiti dunia.

Dunia ini tak seindah yang disangka.

“Kalau camni baik takyah study, study banyak-banyak pun tak pasti dapat lulus exam.”

Jangan cakap macam tu,

This is all part and parcel of life.

Have faith in God.

Advertisements

8 Comments

  1. pemenang said,

    “Kalau camni baik takyah study, study banyak-banyak pun tak pasti dapat lulus exam.”

    menarik2…..idea songsang

  2. Yusri said,

    Erm.. Aku rasa artikel ni merujuk kepada peperiksaan bertulis dan lisan kan? Pada pendapat aku, cara terbaik adalah menguasai satu-satu topik tu daripada awal, bayangkanlah, kalau seminggu lagi nk xm, seminggu tu lah baru pertama kali kita nak ulangkaji 70% daripada buku tu, semuanya macam tak pernah belajar, semuanya macam pertama kali kenal, buku bersih, barulah nak tercari-cari kawan mintak tunjuk ajar, atau jalan penyelesaian termudah, “hafal je la sentence nih, da tak paham sgt..”

    Kita sekarang lagi 2 minggu nak abes xm, tak seronok la la pulak kalau nak bincang strategi belajar, tp realitinya, persediaan awal adalah kurang. Jadi, poin aku sekarang adalah persediaan awal sangat-sangat-sangat-sangat-sangat penting. Istilah studi bukanlah istilah pada musim peperiksaan sahaja.

    Cuba kita bayangkan, satu situasi, kita bertanggungjawab untuk memberikan rawatan terhadap seorang ibu tunggal, atas kepincangan ilmu, ibu tunggal tersebut, lumpuh dan tidak lagi mampu bekerja. Apakah nasib ibu tunggal tersebut dan anak-anak dia? Apakah tindakan kamu sebagai seorang doktor bergaji yang sedikit pun tak terkurang gaji akibat kegagalan kamu memberikan rawatan terhadap ibu tunggal tersebut?

  3. jejaka kacak said,

    ONLY GOD We Hope.Tawakkal sudey…

  4. sinar said,

    usaha max+tawakal+redha…
    nak katanya usahalah banyak mana pun..
    kita just merancang tapi Allah menentukan..
    nice penulisan utk muhasabah..alfu syukr

  5. KAmAd said,

    Tulisan yg bagus
    aku sokong ape yg hang cakap Amin
    ape yg Idea yg Yus bagik tu mmg tepat
    sebenarnye bukan mase exam baru nak kenal dan bertaaruf ngan silibus medik
    tp tinggal nak mantapkan ulangkaji dan go through sume silibus
    medik dengan senag hati,dengan pemahaman yg sejati
    bukan baru nak bermula dengan penghafalan buta yg memenatkan otak

    Penemanag,ape songsang2 ni,tak baguih langsung
    bukan sume perkare leh songssang
    bende btol pun nak songsang gak ke?

  6. akulagi83 said,

    hehee..rilek r KamaD..ko mcm x kenal pemenang:)

  7. Yusri said,

    tulah, peminang cepat je salah tafsir, tapi aku rase mungkin artikel ni kureng poin, jadi peminang salah faham, kamaD jgn salahkan peminang.. dier kecik lagi.. huhu..

  8. HafizAdam said,

    chongsang maksud dye normal dalam bahasa korea..
    bia je laa..
    wakaka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: