Layakkah aku??
Tarikh 14 mei tahun ini ..genap 60 tahun nagara haram Israel terbentuk. Israel, sebuah nagara yang cukup kecil dengan penduduk yang beberapa kerat, namun memberi pengaruh yang cukup besar kepada dunia. Dari kemajuan sains, teknologi hinggalah pengaruh politik dan penguasaan kerajaan. Segala tindakannya tidak mampu dibantah oleh sesiapa, hanya kutukan-kutukan dari negara-negara lain. PBB hanya mampu membuat kenyataan membidas tidakan musuh Allah ini.
Itu lah Israel..buat masa ini merekalah raja..
Mereka yang menentukan percaturan di dunia ini
Dimana pula umat Islam??
Umat yang dimuliakan kerana agamanya.
Adakah patut dunia ciptaan Allah ini terus dikuasai musuh-Nya sendiri??
Adakah patut umat yang menganut agama yang diredhai Allah ini terus ditindas musuh-Nya di bumi mereka sendiri??
Adakah logik umat seramai 1 bilion ini dikalahkan oleh mereka yang tidak sampai 10 juta??
Ya..memang patut…memang logik..
Kerana apa?? Kerana…. kita umat yang masih malas bangun sembahyang subuh, kita umat yang masih kurang berjemaah di masjid, kita umat yang masih kurang membaca Al-Quran, kita umat yang masih malas menimba ilmu, kita umat yang masih bertelagah sesama sendiri, kita umat yang masih mampu membuang masa, kita umat yang runtuh akhlaknya, kita umat yang masih berkira-kira untuk meletakkan seluruh kehidupan ini untuk memperjuangkan agama yang kita sendiri anuti.
Maka adakah layak kita untuk memimpin dunia??
Adakah Allah sendiri akan membantu hambanya yang sebegini?? Dunia ini akan lebih baik di pimpin musuhnya yang lebih beretika berbanding hambanya yang sebegini.
Tetapi ingatlah ,Allah tidak pernah redha musuhnya yang memimpin dunia . Mulakan langkah menjadi hambanya yang layak memimpin, kikislah sifat jahiliyah yang masih berkarat dalam hati kita. Buanglah tabiat buruk yang masih ada dalam jadual kehidupan kita. Bersungguhlah mencari keredhaan-Nya. Mulakan langkahmu sebelum ajal menjemputmu.
Ketahuilah bahawa kafir laknatullah bersengkang mata memikirkan berbagai jalan bagi melihat kejatuhan Ilam. Maka sebenarnya, kita lebih layak dan lebih perlu bersengkang mata bagi memikirkan cara mempertahankan agama ini. Persiapkanlah dirimu dengan amalah ruhi, jasmani, ‘aqli dan jadi insan yang tawazun(seimbang)
فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
…maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..
(At-Taubah : 40)
saffaa said,
May 9, 2008 at 1:03 pm
‘Bilangan kamu teramat banyak..ibarat buih di lautan..’
Buih bila berkumpul mampu membentuk titisan air
Titisan air mampu membentuk sebatang sungai
Sungai mengalir tenang akhirnya membentuk ombak di lautan
Ombak kecil bila bersatu mampu menenggelamkan dunia..
MENANTI DETIK PERPADUAN UMMAH
PASTI TERSINAR CAHAYA YANG HAMPIR MUSNAH..
hanyagerhana said,
June 12, 2008 at 2:54 am
jom wat anjakan paradigma!
ad3ck said,
June 25, 2008 at 2:08 am
lagi satu perangai yang ku tak suke ialah tidur mase khutbah jumaat. akhir2 nie macam makin melampau plak. ;s