bodohkah aku?

May 1, 2008 at 2:11 pm (B e r i n g a t)

“Erm…siapa tu?”

“Siapa? Oh, dia tu lecturer Physiology kami. Ajar respiration.”

Lecturer merokok! Dia tak tahu ke yang merokok tu membahayakan kesihatan?”

“Dahlah dia seorang doktor. Sepatutnya dia lagi tahu dari kami.”

Ramai yang tidak boleh menerima kelakuan doktor sebegini. Mana tidaknya, seorang yang telah mempelajari, memahami, dan kini mengajar tentang bahayanya merokok, tetapi dalam masa yang sama dia juga merokok.

Kemana perginya ilmu dia? Apa tujuan sebenar dia menuntut ilmu?

Mungkin kita akan melabel doktor itu sebagai seorang yang kurang bijak. Atau lebih dasyat lagi (maafkan saya), seorang yang bodoh.

Kerana apa? Kerana tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari dan memudaratkan diri sendiri.

Merokok memang sudah diketahui keburukannya, tambahan lagi, ia diharamkan oleh Islam, jadi contoh yang dibawa amat mudah difahami.

Tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Mari kita merenung diri, ‘adakah ada sifat ini dalam diriku?’

Sebagai seorang pelajar medic, banyak ilmu yang telah kita pelajari. Namun sejauh mana pelaksanaannya?

Berapa ramai daripada kita yang tahu akan kepentingan bersenam (exercise), tetapi amat jarang bersenam. “Aku bukannya tak nak turun, tapi aku banyak lagi tak cover untuk exam nanti,” alasan yang biasa. Ataupun, “Duit aku kering minggu ni, takleh nak bayar duit padang, kasut pun tak beli lagi.” Adakah dia study duapuluh empat jam sehari? Susahkan untuk memperuntukkan waktu bersenam, sedangkan waktu untuk menonton TV dan melayari internet diperuntukkan? Sebenarnya ada banyak cara untuk bersenam (bukan hanya bermain bola), antaranya berjogging, skipping, pumping, dan banyak lagi. Kebanyakkan cara bersenam ini hanya mengambil masa yang sekejap, dan tambahan pula semuanya percuma (setakat ni belum ada lagi kes pelajar kita kena bayar untuk jogging di tepi sungai Nil). Tak perlu masa yang panjang, dan duit yang banyak, tetapi perlu kepada disiplin yang tinggi.

Rasulallah s.a.w sendiri pernah bersabda :

…sesungguhnya bagi kamu untuk badan kamu, ada haknya….”

Seterusnya, berapa ramai daripada kita yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat? Makan sehingga terlalu kenyang, makan banyak waktu malam, tidur lepas makan, tidak mengambil nutrisi yang seimbang dan mengambil gula berlebihan, serta banyak lagi. Physiology of the digestive system, dan metabolism of food dalam biochemistry telah kita pelajari. Sepatutnya kitalah orang yang paling conscious (sedar) tentang penjagaan makanan, kerana ia adalah punca kepada banyak penyakit.

Teringat peristiwa Rasulallah s.a.w, tatkala menolak pemberian berupa seorang tukang rawat (tabib, bahasa moden doctor), daripada pemerintah Mesir. Sabda beliau:

“Kami adalah kaum yang tidak makan kecuali ketika lapar, dan apabila kami makan, kami tak makan sehingga kenyang.”

Mungkin ramai daripada kita yang tidak sedar tentang perkara-perkara diatas. Mungkin kerana mudaratnya kepada badan yang tidak nampak secara langsung, juga kerana tiada pengharaman terhadap amalan-amalan tersebut, berbeza dengan rokok, membuatkan kita leka dan seterusnya mengabaikan perkara-perkara diatas.

Hakikatnya tetap sama. Ilmu ada, perkara tersebut memudaratkan badan (meskipun dalam jangka masa panjang), dan Rasulllah s.a.w sendiri pernah memberi hadis tentang perkara tersebut.

Pandangan lebih luas

Persoalan tentang ilmu perubatan yang kita pelajari telah menimbulkan banyak tanda tanya. Bagaimana pula dengan ilmu agama kita? Ilmu agama yang telah kita pelajari sejak kecil, lebih lama dan mungkin lebih banyak dari ilmu medic. Yang saya maksudkan di sini bukanlah Ilmu Syariah Islamiah, Usuluddin, Dakwah dan lain-lain, yang dipelajari oleh mahasiswa agama di universiti. Cukuplah sekadar mempersoalkan ilmu-ilmu asas agama. Ilmu yang perlu ada pada setiap muslim.

Ganjaran dan kepentingan solat berjemaah. Adakah kita menjaga solat jemaah?

Puasa sunat dan fadhilat-fadhilatnya. Susahkah untuk berpuasa sunat?

Sifat-sifat mahmudah. Berapa banyakkah yang telah meresap dalam diri kita?

Adab-adab bersama jiran, tetamu dan rakan-rakan. Adakah kita telah laksanakan?

Dan…qiamullail…

Sesiapa yang inginkan ketinggian darjatnya disisi Allah, hendaklah berjaga malam.’

Pelik apabila kita melabel seorang doktor yang tidak mengamalkan ilmunya seorang yang kurang bijak atau bodoh, sedangkan kita sendiri tidak melaksanakan ilmu sebagai seorang muslim.

Ilmu yang lebih penting dan terlebih dahulu kita lalui.

Bukankah sebelum seorang doctor, kita adalah seorang muslim,?

Dan hakikatnya tetap sama, ilmu yang tidak diamalkan.

Inilah masalahnya apabila ilmu yang dipelajari tak dihayati. Sekadar simpan dalam kepala, tak mengesan dalam hati.

Aihh~ bodohnya diri ini.

Advertisements

11 Comments

  1. kalampuncak said,

    dalam hal ini, isu tiadanya kesedaran menjadi faktor utama.

    kita lihatlah, berapa ramai bdk-bdk kita yg sekolah agama contohnya tp agama hanya sekadar di sekolah. hilang tatkala di ipt…

    ramai yang baca quran,faham isi kandungan kita katakan…tapi quran itu sendiri tidak berjalan dalam kehidupan. mereka ini malah menjadi lubang-lubang fitnah kepada islam.

    kalau sudah bergelar Dr, lulusan MD…tapi bila mana tahu tidak mencetus sedar maka alangkah ruginya..

    Sedar ini menuntut proses dan proses ini memakan masa,berharapkan kerendahan dan penyerahan hati..

    wallahu3alam…

  2. saffaa said,

    Ilmu tanpa amal…
    Ilmu mudah dicari…
    Namun berapa ramai mampu amalkan…
    Allah Maha Mengetahui…
    manusia diciptakan berbeza agar kita dapat mengambil pgajaran dari setiap perbezaan…

  3. pemenang said,

    setuju dengan kalam puncak, setuju dengan Safaa
    tapi setiap apa yang berlaku
    there must be a reason
    do not be too judgemental
    sila baca ini
    RADICAL MIDDLE WAY
    karya Imakubex admin ILUVISLAM
    http://imakubex.iluvislam.com/?p=28

    BTW, IT IS A GOOD POST
    raikan kemenangan,recycle diri

  4. guildhunterz said,

    betol..
    aku setuju..
    maybe diorg terlupe kot..
    kne r bg peringatan…

    yoish~
    gambarimas~

  5. akulagi83 said,

    mungkin bukan men’judge’ seseorg..
    tapi cube mencari akar kpd masalah tersebut..
    spy sng nk ubat lps tuh..

    klu sorg doktor nk rawat pesakit..
    kene letak satu penyakit dulu brdasarkn simptom2 yg ade(mcm HOUSE)
    pastu rancang cara nk ubati

    macam tu la daie..kene tahu penyakit..then kene ubati..

    ~my 3 irsh~

  6. pemenang said,

    tapi aku suka r style doktor yang camtuh…

  7. pondok tiang said,

    salam…
    sediikit teguran bersama…moga2 ianya juga dijadikan peringatan buat diri ini..
    doctor yg ajar respiration itu bukan kah seorg mu’allim kepada antum??
    sekadar pertanyaan..bleh kah kita meng’label’kan seorg mu’allim itu bodoh.. sdgkan dia memberi ilmu kpd kita ??

    • annursi1987 said,

      terima kasih kerana menegur

  8. shoryu kenz said,

    bodoh or stupid is a mean word … (tiru dalam citer gameplan) .. cube cari perkataan lain selain “bod**”.. x best rr cakap mender tuh..

  9. KAmAd said,

    erm,rajin2 lah peringatkan member2 yg lalai tu

    mungkin diorg lupe,bukan tak tahu

    kalo tak tahu pun,kite kene bagitahu ape yg dibuat tu salah,

    sebab yg dibuat kesalahannye tu adalah sebab kejahilan diorg gak

    Tu lah,sape tak suruh menuntut ilmu btol2 (aku ponteng klas fardu ain mase kecik dulu,pastu kene sebat, la ni, byk wat maksiat,adeih~)

    PApehal pun,ending ko yg berbunyi:

    :::”Inilah masalahnya apabila ilmu yang dipelajari tak dihayati. Sekadar simpan dalam kepala, tak mengesan dalam hati.

    Aihh~ bodohnya diri ini.”::::

    Menarik la pade pandangan aku,
    sebab ngan aku2 skalik terase ,hehe

  10. thaaqhib said,

    camne ek nak jadi pandai.. karang kalau buat buat pandai.. orang kata memandai mandai je..

    erm~ camne ek..

    saya teringin nak jadi pandai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: