Di mana ku letakkan diri ini?

April 29, 2008 at 5:54 pm (B e r i n g a t) (, , )

Firman Allah ;

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”

(ali-imran : 110)

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِين

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)”

(fussilat : 33)

Kehadiranku ke kelas Psychology pagi tadi mengajarku satu perkara yang amat penting bagi seorang insan yang ingin berjaya di akhirat kelak. Kebiasaan subjek ini kurang diminati dan kelas juga akan kurang bilangan pelajar. Namun topik kali ini begitu menarik sekali minatku untuk fokus pada setiap bait-bait perkataan yang terlontar dari mulut Asst. Prof Nasr (pensyarah departmen psychology). Minggu ini kami belajar mengenai motivasi. Point pertama yang diketengahkan Dr Nasr, iaitu walaubagaimana kuat dan canggihnya enjin sesuatu kereta itu, jika tiada minyak(motivasi) maka kereta itu tidak akan bergerak. Manusia walau segagah mana pun dia, jika dia gagal dalam mencari motivasi hidup, maka dia tidak akan berdaya meneruskan hidup dan merasa hidup ini terlalu kosong. Namun manusia yang sering dimotivasikan oleh sesuatu akan jelas dan bertenaga dalam segala tindak-tanduknya.

Akan tetapi isu yang lebih besar diutarakan Dr Nasr adalah mengenai jenis-jenis motivasi, iaitu motivasi biology dan motivasi sosial. Dalam motivasi biology, manusia akan sentiasa bergerak dan membuat tindakan hanya untuk memenuhi keperluan biologynya iaitu rasa lapar, dahaga dan keinginan seks. Jika dilakarkan satu piramid, manusia yang hanya bermotivasikan perkara-perkara ini berada di tingkat paling bawah, menunjukkan kepada ramainya bilangan manusia sebegini.

Manakala manusia yang sentiasa mempunyai motivasi sosial berada di peringkat yang lebih atas tetapi terbahagi kepada beberapa peringkat lagi. Peringkat yang rendah adalah mereka yang hanya bermotivasikan untuk kepentingan diri sendiri dan peringkat paling tinggi adalah golongan yang paling sedikit dari segi bilangan. Mereka ini meletakkan kepentingan ummah, generasi masa hadapan dan agama sebagai motivasi dalam hidup.

Bertepatan dengan ayat Al-Quran di atas bahawa hanya manusia yang terbaik yang akan melaksanakan dakwah kerana dakwah adalah langkah dalam menyelamatkan ummah dari kehancuran. Kalimat أخرجت (dikeluarkan) menunjukan adanya pemilihan dan penapisan dalam melahirkan generasi terbaik untuk membawa risalah yang suci ini. Ayat yang kedua di atas men‘tauqid‘kan (menguatkan) lagi pernyataan sebelumnya iaitu manusia yang paling baik adalah manusia yang meletakkan kepentingan dan keselamatan ummah dihadapan dengan mengajak mereka kepada Allah.

Jadi bersamalah kita merenung kembali, di tingkat manakah kita ingin diri kita diletakkan? Adakah kita lebih selesa berada di rumah bersama komputer dan TV, makan makanan yang enak dan minum air yang dingin, tidur di katil yang empuk?. Atau kita lebih rela meletak semua kemewahan ini di tepi dan merasa pengorbanan berada di atas jalan dakwah. Ku akhiri artikel ini dengan kata-kata seorang ulama yang berbunyi

“Siapa yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri maka hidupnya adalah sia-sia”

Wallahua’lam.

Advertisements

1 Comment

  1. NMZ said,

    artikel yang sangat bagus :)
    suke tengok gambar batu tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: