Berserah

April 25, 2008 at 12:47 pm (Cerpen) (, )

Pilot Shaker berputar pantas di jemarinya. Matanya masih tertumpu pada soalan terakhir untuk written Physiology. Otaknya dikerah sekuat mungkin bagi mencari jawapan untuk soalan terakhir tersebut. Segala data-data yang telah disusun semalam cuba diselongkar semula. Mungkin jawapan tersebut menyorok di celah Area 44 ataupun tersesat di Broca’s area. “Haih…aku rasa dah hafal dah bab ni. Baru jer semalam. Mane lah pulak budak tu pergi”. Fikirannya masih buntu sedangkan masa menjawab hampir tamat.

Aiwah ya syabab. El-wakt kholis“, kata salah seorang pengawas peperiksaan yang berbangsa arab Mesir itu. Mukanya yang bersih umpama bulan purnama itu mampu menenangkan hati mereka yang sedang gelisah terutama ketika sedang peperiksaan sebegini. “Adeh…kacau betol la soalan nih. Elok-elok aku dapat jawab semua, soalan ni buat hal pulak”, rungut Mahmud sendirian. Peralatan menulis dikemas dan disisipkan ke dalam pencil case. Fikirannya jadi tidak menentu bila mengenangkan soalan yang tidak terjawab tadi. Riak wajah sahabat-sahabat yang lain mencerminkan kegembiraan. “Huh..diorang mesti dapat jawab full nyer”, keluh Mahmud sendirian.

Tiba-tiba dia disapa dari belakang. “Macam mane Mad? Dapat tak jawab soalan tadi?”, sapa Khairul dengan menggelarnya Mad sedangkan nama dia adalah Mahmud. “Ana tak pasti ar. Soalan last sekali tuh. Dah habis pusing dah, sampai petala ketujuh dah pikir. Tak jumpa-jumpa gak key pointnyer. Tensen pon ader”, dia meluahkan perasaannya pada Khairul yang merupakan kawan rapat merangkap ahli beitnya sejak dari tahun satu lagi. “Hurm..pasal GIT tu ker?”. “Ha ah. Ana rase baru je hafal semalam. Tapi time nak jawab tadi boleh pulak blank tiba-tiba”, Mahmud cuba berkongsi perasaannya ketika itu.

“Tak pe la Mad. Perkara dah lepas, kita serah pada Allah semuanya. Tawakkal jer”, Khairul cuba menenangkan hati sahabatnya. “Tu la sapal. Ana rasa sebab ana tak qiam semalam laa. Sebab ana dah confident sangat dah boleh jawab cambest nyer hari nih”, Mahmud cuba mencari punca dia tidak dapat menjawab soalan tadi. “Anta tak boleh buat macam tu mad. Kita ni, kalau dah hafal macam mane pon, kalau Allah tak mengizinkan muscle-muscle jari kita ni untuk menulis, anta buat macam mane pon, anta tak kan dapat menulisnya. Kalau Allah nak supaya ilmu tu anta tak dapat nak reach, memang tak bleh nyer anta nak ingat. Tu penting konsep tawakkal tu. Walau sehabis mana pon kita cuba nak hafal subjek tu, akhirnya kita kena kembali pada Allah jugak”, Khairul selaku sahabat cuba menasihati Mahmud.

“Hurm. Betol jugak ek apa anta cakap tu. Haih…rase nyesal pulak”. “Takpe Mad, baru satu soalan jer anta tak dapat jawab. Baru 1%…hehe”, Khairul cuba mengembalikan semula watak Mahmud yang sebenar yang mana dia terkenal dengan jenakanya. “Minggu depan kita ada paper lagi kan. Kita cuba usaha betol-betol kay”. Satu kata-kata perangsang diberikan bagi meniup semula semangat Mahmud.

Langkah diatur meninggalkan dewan peperikasaan. Laluan tangga sudah kosong kerana pelajar-pelajar arab yang lain sudah berlalu lebih awal. Dia sengaja membiarkan pelajar arab keluar dahulu kerana dia malas bersesak-sesak. Semangat baru ditanam. Peristiwa sebentar tadi dijadikan pengajaran. Seorang mukmin tidak akan disengat di dalam lubang yang sama dua kali.

Tawakkal..bukan perkara remeh. Satu lagi pengajaran bagiku hari ini.

Advertisements

3 Comments

  1. sinar said,

    insaf…!!tawakal++usaha mesti ada…

  2. panglima said,

    Salam…tawakkal mmg suatu bnda yg pntg. Dengan tawakkal, kegelisahan dan tension dpt dihilangkan..insyaAllah..[spt dlm cerita di atas gak la..]. Malah dengan tawakkal, insyaAllah, kita akan kembali semangat kerana kita yakin, Allah SWT yang menentukan segalanya… Dan Allah SWT Maha Adil, Dia takkan sekali2 menzalimi hamba2nya….

  3. NMZ said,

    dalam kehidupan seharian, tawakkal paling penting. Banyak benda akan mengajar kita erti tawakkal. Selalunya tawakkal beserta usaha, tapi kadang2 kerana sebab tertentu tak tercukup usaha, namun magic dr Allah sentiasa ade de kerana tawakkal kita. Moga sama2 terus diteguhkan hati, ameen..

    Malaysian hospital series 1 for sharing, inshaAllah, klik my link. syukron lak

    wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: