Hingga ke akhir hayat

April 18, 2008 at 7:42 pm (B e r i n g a t) (, )

Pertempuran merebut Kota Konstantinopel menyebabkan beliau cedera. Nafasnya panjang dan kencang. Kerinduan beliau untuk menemui Allah menjadikan beliau hilang sabar dengan detik-detik hidupnya yang berbaki. Komandan tentera, Yazid bin Mu’aawiyah, datang menjenguk beliau. Perihatinnya beliau terhadap salah seorang sahabat Rasulallah s.a.w, yang juga sahabat ayahnya.

“Apakah permintaan terakhirmu wahai Abu Ayub?” tanya Yazid.

***

Ya, inilah detik-detik terakhir kehidupan Abu Ayub Al-Ansori. Tuan rumah Rasulallah s.a.w ketika baginda sampai ke Madinah. Semenjak seruan jihad dilaungkan, beliau telah mengabadikan hidupnya untuk jihad yang suci ini. Tidak pernah beliau ketinggalan dalam menyertai perang bersama Rasulallah. Jiwa dan hartanya telah dijual untuk Allah s.w.t, sehingga beliau menjadi pejuang yang handal.

Meskipun setelah kematian Rasulallah s.a.w, dan usianya yang semakin lanjut, beliau tidak pernah ketinggalan menyertai ekspedisi perang kecuali sekali. Slogan yang sentiasa bermain dibibir beliau ialah firman Allah s.w.t:

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.” (At-Taubah : 41)

Setelah tentera muslimin berangkat dalam ekspedisi membuka Konstantinopel, beliau segera menaiki kuda, menghunus pedang, dan terus memacu menuju syahid yang diimpikan.

***

Sebagai permintaan terakhir, beliau meminta Yazid membawa mayatnya ke penghujung tanah musuh dan mengebumikan beliau disana. Seterusnya Yazid hendaklah mara membawa tentera muslimin melepasi garisan musuh, sehinggalah sampai ke tempat pengebumian beliau, agar beliau dapat mendengar derapan kaki kuda-kuda muslimin menuju kemenangan. Yazid telah menunaikan permintaan Abu Ayub dengan sepenuh kemampuan beliau.

Akhirnya, seorang lelaki hebat telah dikebumikan di pusat Konstantinopel (kini Istanbul). Seorang lelaki yang memahami tuntutan syahadah (baiah) beliau kepada Allah, dan mengabadikan seluruh hidupnya untuk agama dan tuhan yang dicintainya.

***

Mampukah kita berjuang seperti beliau?

Andai kita mampu berjuang, mampukah kita terus berjuang sehingga ke akhir hayat?

Apakah rahsia para pejuang Islam sehingga mampu thabat (kekal dan tetap) di atas jalan dakwah, meskipun mendapat pelbagai ujian dan tentangan?

Berikut adalah antara perkara yang harus dimiliki oleh seorang pendakwah supaya thabat dan mengelakkan dirinya daripada tergolong dalam mereka yang gugur (متساقط) di atas jalan dakwah.

1. Permulaan yang bersih (صفية الإبتداء)

Ikhlas dalam amalannya dan mempunyai pandangan dan kefahaman yang jelas terhadap dakwah yang ingin dibawanya. Andai tiada keikhlasan dan matlamat dakwah disertai dengan kepentingan dunia, seseorang akan mudah gugur apabaila datangnya kesusahan dan juga apabila diuji dengan nikmat dunia.

2. Semangat yang tinggi (علو الهمة)

Mereka yang bersemangat tinggi tidak akan mudah futur (فتور) (lemah semangat). Tarikan-tarikan dunia yang remeh tidak dapat menandingi syurga yang dijanjikan Allah s.w.t untuk mereka.

Justeru mereka yang memiliki sifat ini akan bekerja siang dan malam dalam keadaan senang mahupun susah. Mereka adalah manusia yang berjiwa besar. Kamu melihat jasad mereka di bumi, sedangkan jiwa mereka bebas tinggi di awanan.

Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah merupakan seorang yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam berdakwah. Apabila ditanya bilakah waktu rehat beliau, beliau menjawab, “Apabila sebelah kakiku sudah melangkah masuk ke syurga.”

Inilah dia para pejuang Islam yang terdahulu, yang telah mendahului kita dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. Mereka telah menunjukkan contoh yang baik kepada kita. Mereka adalah manusia biasa seperti kita. Cuma bezanya, adalah azam, semangat dan usaha mereka yang luar biasa.

Ya Allah tetapkan hati kami atas jalan dakwah ini. Berikan kekuatan kepada kami untuk mencontohi mereka yang telah membenarkan bai’ah mereka kepada-Mu.

Amiin…

Advertisements

5 Comments

  1. thaaqhib said,

    al fatratu ba’da mujahadah min alamati fasadil ibtida’
    ~putus asa selepas berhempas pulas adalah satu tanda dari permulaan yang buruk~

    brothers and sisters
    its not too late
    to set the target
    again.. just to make
    sure.. how to end ur step

  2. MUADZ said,

    satu tazkirah yang menyentuh hati dan insyaALLAH terkesan..satu dorongan utk bangkit dengan lebih semangat

  3. kay said,

    Ana mohon izin mencopy cerita ini..

    penuh pengajaran..(^^)

    ~syukran~.

  4. annursi1987 said,

    jemput2

  5. :-) said,

    alhamdulillah… May Allah give us courage and imaan.
    Tried to browse through “Info Palestina”, but my university’s internet connection filters it as being “Militancy and Extremist”. :-S Betapa serongnya pandangan orang luar pada hal ini sendiri.
    Thanks for sharing. :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: