Hingga ke akhir hayat
Pertempuran merebut Kota Konstantinopel menyebabkan beliau cedera. Nafasnya panjang dan kencang. Kerinduan beliau untuk menemui Allah menjadikan beliau hilang sabar dengan detik-detik hidupnya yang berbaki. Komandan tentera, Yazid bin Mu’aawiyah, datang menjenguk beliau. Perihatinnya beliau terhadap salah seorang sahabat Rasulallah s.a.w, yang juga sahabat ayahnya.
“Apakah permintaan terakhirmu wahai Abu Ayub?” tanya Yazid.
Ya, inilah detik-detik terakhir kehidupan Abu Ayub Al-Ansori. Tuan rumah Rasulallah s.a.w ketika baginda sampai ke Madinah. Semenjak seruan jihad dilaungkan, beliau telah mengabadikan hidupnya untuk jihad yang suci ini. Tidak pernah beliau ketinggalan dalam menyertai perang bersama Rasulallah. Jiwa dan hartanya telah dijual untuk Allah s.w.t, sehingga beliau menjadi pejuang yang handal.
Sedarlah wahai diri!!

وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ (٢٦)وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ (٢٧)إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ (٢٨)
26. Dan mereka Yang percayakan hari Pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal Yang soleh sebagai buktinya);
27. Dan mereka Yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
28. Kerana Sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
(Al-maa’rij:26-28)
Hari silih berganti. Umur kita makin lama makin berkurang. Jika difikirkan kembali, sebenarnya telah banyak masa yang telah kita bazirkan. Masa-masa keemasan kita dibiarkan begitu sahaja tanpa diisi dengan amalan-amalan yang bermanfaat. Buktinya kita lihat masyarakat pada ketika ini. Jauh…terlalu jauh dengan hidayah Allah.
Belum sampaikah masa untuk aku bertaubat??

Firman Allah ;
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)”
(Al-Hadid:16)
Seorang tabiin yang dahulunya adalah sorang penyangak , apabila terdengar ayat ini dibaca ketika mencuri di rumah orang, terus terkesan hatinya dan bermula dari saat itu, beliau terus insaf dan bertaubat atas kesalahannya yang lalu.
Ingatlah apabila kita dibangkitkan dan berkumpul di hadapan Allah, setiap amalan kita akan dibentangkan. Ketika itu tiada apa lagi yang boleh disembunyikan. Jika di bumi kita masih mampu melontarkan senyuman munafik kepada orang lain walaupun maksiat yang dilakukan bertimbun lantaran pandai menyembunyikan kesalahan kita, namun di akhirat kelak tiada lagi hijab, segala-galanya akan didedahkan, ditanggalkan dan ditelanjangkan.
Apa yang telah aku lakukan???

Hadith nabi :
“Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah aku lebih dia cintai dari dirinya dan ibu bapanya”
Dalam kesibukan kita mengambil tahu mengenai perkembangan pilihan raya di Malaysia, satu peristiwa besar berulang kembali di utara Eropah, peristiwa yang hanya diketahui oleh mereka yang tinggi iman dan cintanya kepada pembawa dakwah islam, peristiwa yang hanya diambil berat oleh mereka yang sentiasa sensitif terhadap penghinaan ke atas islam, hanya akan ada tindak balasnya dari mereka yang sentiasa mengharapkan syafaat dari nabi di akhirat kelak.
Sekali lagi nabi Muhammad yang kita imani dengan asbab dialah kita dapat menikmati Islam yang kita anuti hari ini, telah dihina oleh pihak media Denmark. Untuk kali keduanya mereka menghina nabi, ini memberi gambaran jelas Islam ketika ini sudah hilang taringnya dan rendahnya maruah Islam..
Bacalah

Firman Allah :
1. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
2. خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
3. اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
4. الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
5. عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-mu Yang menciptakan.
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhamnulah Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar manusia dengn perantaraan kalam (tulis baca).
5. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Surah Al-Alaq : 1- 5
Bacalah dan bebaskan diri anda. Lari dari kesempitan bilik memasuki keluasan alam tanpa batasan geografi, masa atau logik. Lupakan kemelut masakini dan langkahlah sejenak ke zaman kemakmuran dan keharmonian dunia dibawah pemerintahan Islam. Ziarahlah tokoh-tokoh dunia, bergaul dan berkongsi pengalaman dengan mereka. Tinggalkan jasad sebentar dan jadilah kamu Muhammad al Fateh, berjuang membuka Kota Konstantinopel, Ibnu Battuta, mengembara mengelilingi dunia atau Tunku Abdul Rahman, memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Alangkah hebatnya kuasa membaca.
Namun dibelakang setiap tulisan ada penulis. Seorang pelukis yang mengatur tulisan kosong menjadi gambaran indah. Seorang penyair yang mengalunkan nyanyian merdu dari pena yang bisu. Seorang pengarah yang merakamkan pengalaman berhaga menjadi filem epik supaya dikenang sepanjang zaman.
Seorang penulis terlebih dahulu adalah seorang pembaca. Yang menulis daripada pengalaman, pembacaan dan pemikiran. Kemana perginya pengalaman, pembacaan dan pemikiran sekiranya tidak ditulis?
Kerana penulisan seorang mampu menjadi terkenal. Dengan penulisan juga seseorang telah dibunuh. Tetapi, dengan penulisan jugalah seseorang mampu mengubah dunia.
Maka disinilah saya menulis.



