Dan pada Ramadhan itu ada Bekalan
Ambillah bekalan sebanyaknya, kerana pada Ramadhan itu ada bekalan.
Ramadhan ibarat sebuah kebun bunga yang semerbak baunya yang dilalui oleh muslimin tatkala ia mengharungi padang pasir kehidupan yang panas dan penuh keletihan. Persinggahan yang dinantikan. Persinggahan untuk mengumpul tenaga dan bekalan rohani.
Orang yang berpuasa menahan dorongan nafsu dan syahwatnya dari yang halal setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Yang demikian itu menolong dia menahan dirinya dari yang haram sepanjang hidup di segala tempat dan suasana.
Kalaulah kita mengetahui hikmah dan keistimewaan bulan Ramadhan, nescaya kita akan bercita-cita supaya sepanjang tahun menjadi bulan Ramadhan.(MM)



