Aku mempunyai tuhan

April 22, 2008 at 9:58 pm (B e r i n g a t)

SAMI YUSUF – ASMA ALLAH

Sesiapa yang mendengar nasyid ini pasti terpesona.

Indah bukan sahaja pada muziknya, tetapi juga pada liriknya.

Siapakah Tuhan yang begitu hebat, yang memiliki sifat-sifat terpuji ini?

Manusia mana yang mampu menolak pelawaan untuk menjadi hamba kepada Tuhan ini?

Bahkan sudah pasti terpanggil diri untuk berteduh dibawah lembayung rahmat-Nya.

Dialah Allah s.w.t.

ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها

“Hanya milik Allah asma-ul husna (iaitu nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu”

al a’raaf : 180

Pernahkah kita bersyukur kerana mengenali Allah s.w.t?

Ramai orang diluar sana sedang terpinga-pinga mencari tujuan hidup,

mencari agama yang sebenar,

mencari tuhan yang satu.

Bagi mereka yang benar-benar ikhlas, Allah akan menemukan mereka dengan-Nya.

Tatkala itulah mereka akan merasai keindahan dan ketenteraman cinta Illahi.

Alangkah beruntungnya, bagi mereka, sekiranya mereka dipertemukan dengan Allah lebih awal lagi.

Alhamdulillah, diri ini telah mengenali tuhannya sejak kecil lagi…

…diasuh dan dididik dengan ilmu tentang-Nya.

Namun, adakah hari-hari yang aku lalui meningkatkan cintaku kepadan-Nya?

…sedangkan Subuhku masih terumbang-ambing.

Post a Comment