Di mana ku letakkan diri ini?

Firman Allah ;
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”
(ali-imran : 110)
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِين
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)”
(fussilat : 33)
Kehadiranku ke kelas Psychology pagi tadi mengajarku satu perkara yang amat penting bagi seorang insan yang ingin berjaya di akhirat kelak. Kebiasaan subjek ini kurang diminati dan kelas juga akan kurang bilangan pelajar. Namun topik kali ini begitu menarik sekali minatku untuk fokus pada setiap bait-bait perkataan yang terlontar dari mulut Asst. Prof Nasr (pensyarah departmen psychology). Minggu ini kami belajar mengenai motivasi. Point pertama yang diketengahkan Dr Nasr, iaitu walaubagaimana kuat dan canggihnya enjin sesuatu kereta itu, jika tiada minyak(motivasi) maka kereta itu tidak akan bergerak. Manusia walau segagah mana pun dia, jika dia gagal dalam mencari motivasi hidup, maka dia tidak akan berdaya meneruskan hidup dan merasa hidup ini terlalu kosong. Namun manusia yang sering dimotivasikan oleh sesuatu akan jelas dan bertenaga dalam segala tindak-tanduknya.
Berserah

Pilot Shaker berputar pantas di jemarinya. Matanya masih tertumpu pada soalan terakhir untuk written Physiology. Otaknya dikerah sekuat mungkin bagi mencari jawapan untuk soalan terakhir tersebut. Segala data-data yang telah disusun semalam cuba diselongkar semula. Mungkin jawapan tersebut menyorok di celah Area 44 ataupun tersesat di Broca’s area. “Haih…aku rasa dah hafal dah bab ni. Baru jer semalam. Mane lah pulak budak tu pergi”. Fikirannya masih buntu sedangkan masa menjawab hampir tamat.
Aku mempunyai tuhan
SAMI YUSUF – ASMA ALLAH
Sesiapa yang mendengar nasyid ini pasti terpesona.
Indah bukan sahaja pada muziknya, tetapi juga pada liriknya.
Siapakah Tuhan yang begitu hebat, yang memiliki sifat-sifat terpuji ini?
Manusia mana yang mampu menolak pelawaan untuk menjadi hamba kepada Tuhan ini?
Bahkan sudah pasti terpanggil diri untuk berteduh dibawah lembayung rahmat-Nya.
Dialah Allah s.w.t.
ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها
“Hanya milik Allah asma-ul husna (iaitu nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu”
al a’raaf : 180
Hingga ke akhir hayat
Pertempuran merebut Kota Konstantinopel menyebabkan beliau cedera. Nafasnya panjang dan kencang. Kerinduan beliau untuk menemui Allah menjadikan beliau hilang sabar dengan detik-detik hidupnya yang berbaki. Komandan tentera, Yazid bin Mu’aawiyah, datang menjenguk beliau. Perihatinnya beliau terhadap salah seorang sahabat Rasulallah s.a.w, yang juga sahabat ayahnya.
“Apakah permintaan terakhirmu wahai Abu Ayub?” tanya Yazid.
Ya, inilah detik-detik terakhir kehidupan Abu Ayub Al-Ansori. Tuan rumah Rasulallah s.a.w ketika baginda sampai ke Madinah. Semenjak seruan jihad dilaungkan, beliau telah mengabadikan hidupnya untuk jihad yang suci ini. Tidak pernah beliau ketinggalan dalam menyertai perang bersama Rasulallah. Jiwa dan hartanya telah dijual untuk Allah s.w.t, sehingga beliau menjadi pejuang yang handal.



