Belum sampaikah masa untuk aku bertaubat??

March 6, 2008 at 10:56 pm (B e r i n g a t) (, , )

solat1.jpg

Firman Allah ;

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)”
(Al-Hadid:16)

Seorang tabiin yang dahulunya adalah sorang penyangak , apabila terdengar ayat ini dibaca ketika mencuri di rumah orang, terus terkesan hatinya dan bermula dari saat itu, beliau terus insaf dan bertaubat atas kesalahannya yang lalu.

Ingatlah apabila kita dibangkitkan dan berkumpul di hadapan Allah, setiap amalan kita akan dibentangkan. Ketika itu tiada apa lagi yang boleh disembunyikan. Jika di bumi kita masih mampu melontarkan senyuman munafik kepada orang lain walaupun maksiat yang dilakukan bertimbun lantaran pandai menyembunyikan kesalahan kita, namun di akhirat kelak tiada lagi hijab, segala-galanya akan didedahkan, ditanggalkan dan ditelanjangkan.

Firman Allah;

يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ

“Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi”

(Al-Haqqah:18)

Cuba kita kenang kembali perbuatan-perbuatan kita yang terdahulu, berapa banyak maksiat telah kita lakukan, berapa lama masa yang berlalu dalam keadaan kita alpa dan lalai dari mengingati Allah, berapa banyak waktu kosong kita yang dibiarkan tanpa kita gunakan untuk berzikir kepada Allah atau berapa banyak sembahyang yang kita dirikan dalam keadaan khusyuk.

Sedih!!…..kita terlalu jauh lagi hina untuk masuk ke syurga Allah.

Tapi ingatlah, ruang masih terbuka, sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Kita tidak mungkin dapat lari dari melakukan kesalahan.

Hadith Nabi;

“Setiap anak adam tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan, dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat”

Ingatlah bahawa Allah maha pengampun, jika ketika kita melakukan maksiat, kita adalah makhluk yang paling dibenci, tetapi apabila kita bertaubat maka kita kita adalah hamba yang paling dikasihi, lihatlah betapa luasnya rahmat Allah ke atas hambanya.


Firman Allah;

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat”

(Al-Baqarah:222)

Oleh itu, sentiasalah bersegera dalam bertaubat atas kesalahan kita, lazimi solat sunat taubat sekurang-kurangnya 2 rakaat dan istighfar paling minimum 100 kali sehari sebelum tidur agar dibangkitkan nanti dalam keadaan suci dari dosa insyallah. Wallahu ‘alam..

1 Comment

  1. johan said,

    Assalam

    For whom to think that they are eliminated from GOD’s Ark…then I wrote this~check it out!!

    ~ one of my friends once said to me :

    ” A winner (read: one who succeed in his carier) is considered as a winner even he was very slow in the beginning and just passed the line a little step earlier than the others”

    ~aha!!that’s really means ~ you are never late,for it’s not a fate, wake up for your sake, It’s just like what I said, i’m talking to you my-clever, it’s better than never, coz ALLAH is the All-Setter, with the present tenses all-sorted, HE claims as The God, to me, you n they who beg the support!!”

    La Tai’asu Min Rauhil Lah~ jangan putus asa dengan rahmat ALLAH~

    note: i’m learning my best to be the best in grammar practice..do hand-me on~

Post a Comment