Apa yang telah aku lakukan???

February 29, 2008 at 8:49 pm (s e m a s a) (, )

Hadith nabi :

“Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah aku lebih dia cintai dari dirinya dan ibu bapanya”

Dalam kesibukan kita mengambil tahu mengenai perkembangan pilihan raya di Malaysia, satu peristiwa besar berulang kembali di utara Eropah, peristiwa yang hanya diketahui oleh mereka yang tinggi iman dan cintanya kepada pembawa dakwah islam, peristiwa yang hanya diambil berat oleh mereka yang sentiasa sensitif terhadap penghinaan ke atas islam, hanya akan ada tindak balasnya dari mereka yang sentiasa mengharapkan syafaat dari nabi di akhirat kelak.

Sekali lagi nabi Muhammad yang kita imani dengan asbab dialah kita dapat menikmati Islam yang kita anuti hari ini, telah dihina oleh pihak media Denmark. Untuk kali keduanya mereka menghina nabi, ini memberi gambaran jelas Islam ketika ini sudah hilang taringnya dan rendahnya maruah Islam..

Read the rest of this entry »

Permalink 1 Comment

Bacalah

February 27, 2008 at 11:47 pm (B e r i n g a t) (, )

Firman Allah :

1. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

2. خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ

3. اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

4. الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

5. عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-mu Yang menciptakan.

2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

3. Bacalah, dan Tuhamnulah Yang Maha Pemurah,

4. Yang mengajar manusia dengn perantaraan kalam (tulis baca).

5. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Surah Al-Alaq : 1- 5

Bacalah dan bebaskan diri anda. Lari dari kesempitan bilik memasuki keluasan alam tanpa batasan geografi, masa atau logik. Lupakan kemelut masakini dan langkahlah sejenak ke zaman kemakmuran dan keharmonian dunia dibawah pemerintahan Islam. Ziarahlah tokoh-tokoh dunia, bergaul dan berkongsi pengalaman dengan mereka. Tinggalkan jasad sebentar dan jadilah kamu Muhammad al Fateh, berjuang membuka Kota Konstantinopel, Ibnu Battuta, mengembara mengelilingi dunia atau Tunku Abdul Rahman, memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Alangkah hebatnya kuasa membaca.

Namun dibelakang setiap tulisan ada penulis. Seorang pelukis yang mengatur tulisan kosong menjadi gambaran indah. Seorang penyair yang mengalunkan nyanyian merdu dari pena yang bisu. Seorang pengarah yang merakamkan pengalaman berhaga menjadi filem epik supaya dikenang sepanjang zaman.

Seorang penulis terlebih dahulu adalah seorang pembaca. Yang menulis daripada pengalaman, pembacaan dan pemikiran. Kemana perginya pengalaman, pembacaan dan pemikiran sekiranya tidak ditulis?

Kerana penulisan seorang mampu menjadi terkenal. Dengan penulisan juga seseorang telah dibunuh. Tetapi, dengan penulisan jugalah seseorang mampu mengubah dunia.

Maka disinilah saya menulis.

Permalink Leave a Comment